top of page

Berlin Mengharamkan Perkhidmatan Airbnb

  • Hadi
  • Jul 27, 2017
  • 1 min read

Tahukah anda baru-baru ini, perkhidmatan sewaan rumah melalui aplikasi Aribnb telah diharamkan di Berlin.

Ini menjadi satu kejutan baru, buat ramai pengembaran travelers & backpackers yang mengamalkan dengan menempah penginapan melalui aplikasi itu.

Jika didapati bersalah atau ditangkap, pemilik rumah boleh dikenakan denda sehingga 100ribu Euro! Jumlah yang sangat besar!

Undang-undang baru telah dikeluarkan dan dipanggil Zweckentfremdungsverbot akan mengharamkan sewaan jangka pendek untuk apartment kepada pelancongan tanpa permit.

Walaubagaimanapun, sewaan untuk jangka masa tertentu dan hanya sebuah bilik masih dibolehkan. Hal ini pastinya memberi kesan kepada travel dalam berkumpulan.

Bagi pihak Berlin pula ia adalah jalan untuk mengatasi masalah kekurangan hartanah untuk disewa di Berlin sekaligus menjadikan pihak berkuasa menggubal undang-undang ini untuk mengelakkan harga sewa untuk penduduk tempatan meningkat tanpa kawalan.

Bagi traveler yang ingin ke Berlin dan berancang untuk menyewa melalui Airbnb diharap mempunyai rancangan 'Plan B' untuk penginapan mereka.

Wakil dari Airbnb iaitu Julian Trutwein ada berkata, "

Pastinya penduduk Berlin mahukan undang-undang yang mudah bagi mereka untuk berkongsi dengan tetamu pada masa akan datang.

Kami akan berusaha menggalakan pihak tempatan di Berlin untuk melihat bandar-bandar besar lain sebagai contoh Amsterdam, Londn, Paris dan lain-lain lagi tentang cara penduduk tempatan menyewakandan berkongsi kediaman.

 
 
 

Comments


Follow

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2017 by Melancong. Proudly created with Wix.com

bottom of page