top of page

Cadangan Percutian Balkan Jelajah 9 Negara

  • Writer: Hasrul Wayne
    Hasrul Wayne
  • Dec 13, 2019
  • 3 min read

Jelajah dengan Pakej Percutian Balkan adalah satu pengalaman yang pastinya sangat menarik dan menyeronokkan.

Hal ini kerana anda akan mengujungi 9 negara yang mempunyai keindahan dan keunikan budaya serta tempat-tempat menarik yang harus dikunjungi.

Antara 9 negara tersebut adalah Italy, Austria, Croatia, Bosnia, Montenegro, Albania, Macedonia, Bulgaria dan Turki.

Kenyataannya dengan masa selama 10 hari untuk melancong ke 9 buah negara memanglah tidak dapat meliputi semua tempat-tempat menarik di setiap negara Balkan ini. Ianya memang mustahil sekali.

Tetapi ianya boleh menjadi titik mula anda untuk mengenali negara-negara Balkan ini dalam satu lawatan padat. Siapa tahu anda mungkin akan tertarik untuk mengunjungi sekali lagi salah satu negara ini yang telah membuat anda jatuh cinta.

Itali - Austria - Croatia - Bosnia - Montenegro - Albania - Macedonia - Bulgaria - Turkey

Ini adalah peluang untuk anda mengembara ke negara-negara Balkan dalam satu pakej yang istimewa ini. Pastinya anda akan berasa teruja dengan tempat-tempat indah ini.

Padat setiap negara Balkan ini anda akan mengunjungi tempat yang paling popular dan menyeronokkan sekaligus memberikan anda kepuasan dalam satu lawatan menarik ini.

Hari Ke 1 : Ketibaan di Milan - Venice*

  1. Ketibaan di Milano

  2. Memulakan program city tour di Milano seperti melawat ke Gereja Santa Maria delle Grazie, Istana Sforza, Kedai mewah Galleria Vittorio Emanuele

  3. Bertolak ke Venice

  4. Daftar masuk ke hotel dan makan malam

Hari Ke 2 : Venice - Vienna*

  1. Sarapan pagi di hotel

  2. Memulakan program city tour di Venice seperti ke Piazza San Marco (lorong-lorong, dataran yang menarik dan galeri seni yang hebat akan dilawati)

  3. Perjalanan diteruskan ke Vienna

  4. Makan tengah hari

  5. Daftar masuk ke hotel dan makan malam

Hari Ke 3 : Vienna - Zagreb*

  1. Sarapan pagi di hotel

  2. Memulakan program City Tour di Vienna, Austria. Kita akan dibawa melawat ke tempat-tempat seperti Opera House, Ringstrasse, Hofburg Imperial Palace, City Hall, Parliament, St. Stephen’s Cathedral, Stadpark.

  3. Perjalanan diteruskan ke Zagreb.

  4. Daftar masuk ke hotel dan makan malam

Hari Ke 4 : Zagreb - Plitvice - Sarajevo*

  1. Sarapan pagi di hotel

  2. Memulakan program city tour di Kota Zagreb seperti melawat ke Dolac Bazaar, St Mark Church, Lotrscak Tower, Mirogoj Park Cemetry, Ban Jelacic Square and Geo-History Musuem

  3. Melawat ke Plitvice Lakes

  4. Perjalanan diteruskan ke Sarajevo

  5. Daftar masuk ke hotel dan makan malam

Hari Ke 5: Sarajevo - Mostar - Budva*

  1. Sarapan pagi di hotel

  2. Memulakan program city tour di Kota Sarajevo. Kita akan di bawa ke Old Town, Koski Mehmet Pasa Mosque, Karagozbey Mosque, Mostar Bridge, Ottoman Hamams, Homes and War Museum. Sepanjang program ini, kita dapat melihat video sebenar perang Bosnjak-Croat dan kita akan melihat bagaimana tentera Croat dimusnahkan oleh Jambatan Mostar yang dibina oleh Uthmaniyyah. 3. Bertolak ke Budva. 4. Daftar masuk ke hotel dan makan malam

Hari Ke 6 : Budva - Kotor - Tiana - Ohrid*

  1. Sarapan pagi di hotel

  2. Bertolak ke Kotor dan akan dibawa melawat ke Shame Wall, Ortodoks Square, Major Building, Tourism School, Weapon Square

  3. Melawat ke Tirane dan akan di bawa melawat ke Iskender Bey Square, Ethem Bey Mosque

  4. Makan tengahari di Tirane

  5. Bertolak ke Ohrid dan melawat sekitar bandar Ohrid

  6. Makan malam di hotel. Bermalam di Ohrid

Hari Ke 7: Ohrid - Skopje - Sofia*

  1. Sarapan pagi dan perjalanan diteruskan ke Skopje

  2. Memulakan program city tour Skopke seperti quare of Macedonia, Stone Bridge, Statue of Alexander, Castle of Skopje, Mustafa Pasha Mosque

  3. Murat Pasha Mosque, Yahya Pasha Mosque

  4. Perjalanan di teruskan ke Sofia dan akan di bawa melawat ke Alexander Nevski Catedral, Holy Synod, National Theatre, Banya Bashi Mosque

  5. Daftar masuk ke hotel dan makan malam di Sofia

Hari Ke 8 : Sofia - Istanbul*

  1. Sarapan dan berlepas dari Sofia ke Istanbul

  2. Singgah di Edirne

  3. Betolak ke Istanbul dan kita akan melawat ke Roman Hippodrome di mana tempat acara kereta kuda telah diadakan

  4. Kemudian, melawat Blue Mosque-Sultan Ahmet dan juga St Sophia (Aya Sofya). Program diteruskan untuk melawat Topkapi Palace (Topkapi Sarayi)

  5. Daftar masuk ke hotel dan makan malam di Istanbul

Hari Ke 9 : Istanbul*

  1. Sarapan pagi di hotel.

  2. Aktiviti bebas seperti bersiar-siar dan membeli belah

  3. Makan tengahari dan malam di hotel

Hari Ke 10 : Istanbul - Perlepasan

  1. Sarapan pagi di hotel

  2. Aktiviti bebas sehingga bertolak ke lapangan terbang

Caj & kemudahan yang terlibatnya biasanya adalah seperti:

  1. Hidangan makanan seperti di dalam aturcara

  2. Tiket penerbangan pergi dan balik ( Mahan Airlines )

  3. Peruntukan Bagasi 30 KG dan Hand Carry 07 KG

  4. Pengangkutan dengan WI-FI percuma

  5. Penginapan 3, 4 & 5 Star termasuk sarapan pagi setiap hari

  6. Semua bayaran masuk tempat lawatan

  7. Air Mineral yang tidak terhad

  8. Pemandu Pelancong Profesional

  9. Tour Leader profesional dari Malaysia

  10. *Bonus : Luxury Business Lounge semasa Transit di Tehran untuk 2 Jam*

  11. Penghantaran barang dalam keluar di Hotel

  12. Tips untuk guide & pemandu (RM200) untuk keseluruhan trip

  13. Insurans Perjalanan setiap orang (Dilindungi Sepenuhnya Pelan VIP) RM 100

  14. Bayaran masuk yang tidak disenaraikan di dalam program ini

Comments


Follow

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2017 by Melancong. Proudly created with Wix.com

bottom of page