top of page

Harmony of the Seas Kapal Persiaran Terbesar Dunia

  • Hadi
  • Aug 2, 2017
  • 2 min read

Pelabuhan Southampton , England, baru-baru ini sibuk dengan penonton yang datang untuk menyaksikan kali pertama kapal persiaran terbesar di dunia, Harmony of the Seas , semasa ketibaan pertama ke pelabuhan itu.

Selepas 32 bulan pembinaan , ketibaan kapal ini menandakan satu kejayaan besar bagi Royal Caribbean International yang mana Harmony menjadi kapal ke-25 di dalam armada.

“Harmony of the Seas, menyerlahkan percutian dan menarik minat generasi baru sebagai pelancong dengan keberanian yang tidak dijangka untuk barisan pertama dalam invoasi laut, sambil menarik minat mereka untuk menrokai dunia dari perspektif baru,”

kata Michael Bayley, presiden , Royal Caribbean International.

" Dari aktiviti mendebarkan di atas kapal dan pengalaman untuk melawat destinasi mengagumkan seluruh Mediterranean dan Caribbean, Harmony menempatkan tetamu di barisan hadapan dan menggalakkan mereka untuk membuat pengembaraan mereka sendiri di atas kapal dan di setiap destinasi dituju."

Dengan teliti, ia dibina dengan lebih daripada 500,000 bahagian tersendiri, Harmony berukuran 362 meter, hampir panjang empat padang bola sepak, tambahan terbaru ialah konsep keluarga yang menggabungkan konsep tujuh kejiranan berbeza yang mana Kapal Oasis Royal Caribbean diketahui ramai terkenal kerana barisan kemudahan percutian yang paling moden dan menakjubkan .

Harmony of the Seas akan belayar dari Southampton pada siri percutian singkat ke Eropah Utara sebelum memulakan pelayaran sulungnya pada 29 Mei dan tiba di Barcelona , Sepanyol pada 5 Jun .

Kapal pelayaran yang sukar ditandingi ini berserta 2,100 anak kapal yang berdedikasi, kemudian secara rasmi akan melancarkan musim panas sulung dengan pelayaran ’34 seven-night western Mediterranean” pada 7 June.

Pada bulan November 2016, Harmony akan tiba di pangkalannya Port Everglades, Fort Lauderdale , Florida, di mana ia akan menawarkan pelayaran “seven-night Eastern and Western Caribbean” .

Ahli terbaru ini dalam armadanya akan menyertai barisan kapal ‘kakak-kakaknya’ Oasis of the Seas dan Allure of the Seas, masing-masing di Port Canaveral dan Port Everglades , dan di pantai timur Florida.

 
 
 

Comments


Follow

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2017 by Melancong. Proudly created with Wix.com

bottom of page