top of page

Lagun Ombak Tiruan akan membawa lebih ramai peluncur air ke Perth

  • Hadi
  • Nov 15, 2018
  • 2 min read

Terdapat beberapa tempat yang mungkin anda pilih jika anda ingin meluncur di Perth, Australia. tetapi Alfred Cove, di Sungai Swan mungkin bukan salah satu tempat yang sesuai. Tetapi ia bakal menjadi tempat meluncur tidak lama lagi, dengan pelan untuk membuat ombak tiruan yang boleh dijadikan pilihan bagi orang ramai.

URBNSURF Perth merupakan ilham daripada kumpulan Wave Park. Jika semuanya berjalan dengan lancar, lagun itu akan dibina menggunakan teknologi Wavegarden. Teknologi ini merupakan teknologi yang telah dibangunkan selama lebih 12 tahun dan kemudahan Wavegarden yang pertama telah dibuka di Wales pada tahun lepas. Ada satu lagi yang akan dibuka tidak lama lagi di US Austin, Texas dan satu lagi dalam perancangan untuk Melbourne dan Sydney, Australia.

Tapak Perth yang dirancang adalah Tompkins Park dengan keluasan 54 ekar dan destinasi rekreasi terletak 9 km selatan daerah pusat perniagaan di Perth. Kumpulan Wave Park sedang memohon untuk membangunkan 10.9 ekar kawasan tersebut untuk membina lagun, dengan tambahan pelbagai jenis kemudahan dan kelengkapan.

Lagun itu sendiri akan meliputi kawasan seluas 5.7 ekar dan dijangka akan ditambah semula dengan air sebanyak 20 juta liter setiap tahun akibat penyejatan. Kumpulan Wave Park percaya bahawa sumber air daripada bawah tanah cukup untuk menampung keperluan lagun tersebut. Ianya juga akan digunakan sebagai sistem pengairan untuk tapak, atau akan mengalir semula ke Sungai Swan. Air akan di pra-rawat “hampir boleh diminum” sebelum memasuki sistem ultraturasan lagun itu.

Sebagai sebahagian daripada projek, akan ada reka bentuk yang dinaik taraf untuk sebuah longkang yang dibuat khas untuk mengeluarkan lebihan air dan pemulihan tanah lembap untuk tumbuh-tumbuhan di kawasan itu, serta penambahbaikan kepada kemudahan lain di taman itu. Satu lagi ciri URBNSURF Perth yang bertujuan untuk menghadkan kesan kepada alam sekitar adalah penggunaan panel solar yang akan digunakan untuk menghasilkan sebahagian daripada kuasa elektrik lagun itu.

Tujuan lagun itu dibuat adalah untuk meniru keadaan luar pesisir pantai sepanjang tahun. Pelbagai jenis sukan luncur akan disediakan termasuk penggunaan “bodyboards”, “shortboards”, ski meluncur air, kayak luncur dan “paddleboards berdiri”.

Ombak yang dicipta menggunakan teknologi Wavegarden akan membentuk secara kemas dan berpisah dengan kuasa yang teratur. Untuk mencapai ini, mekanikal “wavefoil” yang mengalir di tengah-tengah lagun berkenaan bergerak tujuh meter sesaat, mengubah pergerakkan 30 tan air. Ianya mustahil untuk mencipta pelbagai jenis ombak yang memenuhi cara meluncur yang berbeza, bermula dari 0.6 meter tinggi “rolling white-water waves” untuk peluncur yang baru, sehingga 1.7 meter tinggi “pitching waves” untuk peluncur yang pakar.

URBNSURF Perth juga akan menjadi tempat kepada “climbing wall”, jejak parkour, skateboard dan aktiviti-aktiviti lain. Kemudahan tambahan termasuk sebuah kafe, bar atas bumbung, kelab pantai dan pusat masyarakat.

Memandangkan tempat itu mempunyai pelbagai tarikan yang menarik, permohonan pembangunan dijangka akan dikemukakan awal tahun depan. Jika semua berjalan lancar, URBNSURF Perth akan dibuka pada akhir 2018

 
 
 

Comments


Follow

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2017 by Melancong. Proudly created with Wix.com

bottom of page