top of page

Rumah atau Hotel Pilihan Anda Sewaktu Mengembara?

  • Hadi
  • Feb 13, 2019
  • 2 min read

Kini, pengembaraan bukan sekadar untuk menyelesaikan tugasan mahupun merenung bangunan terkenal, tetapi untuk merasai budaya tempatan. Para pengembara zaman kini menjelajah bandar dengan pelbagai cara baru. Mereka berjalan di laluan yang jarang dilalui, mencari tempat makan baru, belajar bahasa lain, ataupun menggunakan pengangkutan awam. Dengan meningkatnya aplikasi seperti AirBnB atau HomeAway, kita dapat melihat ramai pengembara yang memilih untuk tinggal di apartment dan rumah orang tempatan berbanding hotel.

Hal ini kerana pilihan ini membenarkan anda untuk tinggal seperti seorang tempatan dan kurang seperti pengunjung. Anda akan melawat kedai runcit untuk makanan, berpeluang melawat tempat-tempat yang jarang ditemui pengunjung dan bertemu jiran-jiran.

Semuanya kedengaran hebat, bukan? Terdapat banyak laman web yang menyediakan kemudahan ini, seperti AirBnB , HomeAway, dan Luxury Retreats. Laman-laman ini bertindak seperti pasar atas talian untuk menghubungkan mereka dengan kemudahan bilik, apartment, atau rumah bersama mereka yang memerlukan tempat untuk tingga. Anda boleh mencari dalam bentuk lokasi, bilik tidur, harga, malah jenis tempat – pilihannya terlalu banyak!

Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang harus anda pertimbangkan:

  1. Ulasan buruk – baca ulasan-ulasan untuk lokasi tersebut sebelum anda pergi – cari komen mengenai betapa selesanya pengulas tidur, apa-apa yang perlu diberi perhatian, dan tahap kebingitan. Ia mungkin kedengaran tidak penting sekarang, tetapi anda tidak tahu betapa perkara ini mampu memberi kesan terhadap pengembaraan anda!

  2. Ketahui kos keseluruhan – sesetengah bandar memerlukan cukai tambahan, termasuk terhadap sewaan tempatan, ataupun hos anda mungkin menambah bayaran tambahan untuk sesetengah servis seperti mengemas. Pastikan akan faham dan tahu akan kos penuh sebelum anda pergi untuk mengelakkan kejutan.

  3. Lihat foto-foto – AirBnB mempunyai jurugambar profesional yang boleh dipesan oleh hos untuk mengambil gambar lokasi mereka – ia akan dicop di laman dan memberi pengesahan akan kebenaran gambar-gambar tersebut. Perhatikan dalam gambar-gambar mereka terhadap kebersihan, kesan-kesan penggunaan pada perabot, atau apa-apa diluar jangkaan. Ini dapat memberi gambara kasar akan bagaimana hos itu telah menjaga lokasi-lokasi tersebut sendiri.

Untuk pengembaraa anda yang seterusnya, pertimbangkan pilihan untuk tinggal di apartment – anda pasti dapat merasakan apa yang orang tempatan rasakan dan anda masih boleh menggunakan TripCase ( aplikasi perancangan pengembaraan) untuk menyusun butiran-butiran.

Comments


Follow

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2017 by Melancong. Proudly created with Wix.com

bottom of page