top of page

5 Tempat Paling Menarik Bercuti Di Langkawi

  • Hadi
  • Nov 20, 2019
  • 2 min read

Langkawi merupakan salah satu pusat pelancongan yang semakin banyak menerima pelancong baik dari dalam mahupun luar negara.

Statistik dari Lembaga Pembangunan Langkawi menunjukkan jumlah pelancong ke Langkawi pada tahun 2017 berjumlah lebih daripada 2.9 juta orang termasuk lebih 100 ribu pelancong dari negara luar.

Wow!

Data ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan Bandar Helang itu pastinya menyediakan pelbagai kawasan yang indah untuk dilawati. Mari kita lihat antara 5 tempat popular terkini di Langkawi.

Paling Popular Langkawi Cable Car

Langkawi Cable Car atau dikenali sebagai Langkawi SkyCab merupakan salah satu tarikan pelancong yang terbesar di Pulau Langkawi sejak dibuka pada tahun 2002.

Dengan harga cuma RM55 untuk tiket dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak, pengunjung akan dibawa ke ketinggian lebih kurang 708 meter dari paras laut ke Gunung Mat Cincang untuk melihat pemandangan sekitar pulau.

Langkawi SkyCab adalah antara tempat wajib kunjung sekiranya anda berpeluang datang ke Langkawi.

Anda boleh membeli tiket express sekiranya anda tidak mahu beratur panjang dan ada juga disediakan Gondola Persendirian untuk anda yang mahukan privacy.

Temurun Waterfall Langkawi

Temurun Waterfall ini terletak di Gunung Mat Cincang dengan ketinggian kira-kira 200 meter dan meliputi 3 tingkat air terjun.

Wah! Dengar pun macam dah best.

Di Temurun Waterfall ini terdapat banyak haiwan kecil yang anda akan jumpa dan yang paling menyeronokkan ialah terdapat kumpulan monyet di pertengahan jalan menuju air terjun.

Namun, suka untuk kami ingatkan anda supaya tidak memberikan monyet ini sebarang makanan untuk mengelakkan mereka dari bersifat agresif.

Seven Wells Waterfall Langkawi

Seven Wells Waterfall terletak di Gunung Mat Cincang dan lokasinya juga berhampiran dengan Oriental Park.

Ia dipanggil Seven Wells Waterfall atau Air Terjun Telaga Tujuh kerana terbentuk daripada 7 mata air yang mengalir ke 7 telaga semulajadi.

Untuk sampai ke sini, anda perlu mendaki 600 anak tangga yang agak curam dan mencabar fizikal.

Pastikan anda tidak membawa barang yang tidak diperlukan bagi mengurangkan beban untuk mendaki. Tips lain untuk anda yang ingin ke sini, pastikan bawa air mineral secukupnya, okay?

Pemandangan air terjun pastinya dapat mengubati keletihan setelah anda berjaya sampai ke kawasan tersebut.

Pantai Cenang Tempat Percutian Utama Langkawi

Pantai Cenang adalah pantai yang paling popular dan ramai pengunjung khususnya di waktu cuti sekolah.

Jaraknya sekitar 10 minit dari lapangan terbang membuatkan pengunjung tertumpu untuk mencari tempat makan, penginapan dan juga sukan air.

Selain itu, di sekitar kawasan Pantai Cenang terdapat banyak kedai bebas cukai bagi mereka yang ingin membeli belah.

Pendek kata, sebut sahaja apa yang anda mahukan, pasti dapat dijumpai di Pantai Cenang. Oh ya, Pantai Cenang merupakan antara lokasi terbaik juga untuk anda melihat matahari terbenam. Jangan lupa singgah ya!

Banyak lagi sebenarnya tempat popular terkini di Langkawi ini tetapi rasanya dengan 5 tempat yang kami kongsikan ini pun sudah cukup untuk anda merasa teruja.

Sekiranya anda belum pernah menjejakkan kaki ke sini, inilah masanya untuk anda merancang percutian disamping mendapatkan udara segar dan merehatkan minda. Anda pasti tak akan menyesal datang ke Langkawi.

 
 
 

コメント


Follow

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2017 by Melancong. Proudly created with Wix.com

bottom of page