Bagaimana Berasa Selesa Dan Tidur Di Lapangan Terbang
- Hasrul Wayne
- Aug 22, 2016
- 2 min read

Kebanyakan dari kita amat tidak suka dengan keadaan di lapangan terbang di mana terdapat sesetengah orang akan tidur di lapangan terbang di merata-rata tempat termasuk bangku panjang, di kaki lima bahkan disebelah tempat kita duduk sambil mengeluarkan bunyi dengkuran.
Kita amat memahami dan tidak boleh melarang mereka disebabkan mereka mempunyai alasan sendiri iaitu, ingin berehat atau terpaksa menunggu penerbangan yang dijadualkan lewat atau juga melakukan transit untuk penerbangan seterusnya.
Hal ini membuatkan mereka berkampung di lapangan terbang sangat lama sehinggakan ada yang sampai 12 jam menunggu.
Disebabkan itu, lazimnya kita akan melihat situasi ini dimana-mana lapangan terbang yang kita pergi.
Bagaimana jika sekiranya situasi ini belaku kepada kita? Adakah kita akan berasa selesa dan tenang dengan keadaan ini? Sanggupkah kita hadapinya?
Baca juga: Senarai Tempat-Tempat Menarik di Yogyakarta
Tapi tahukah anda ada beberapa tips untuk kita juga boleh tidur dan rehat di lapangan terbang sebelum menunggu ketibaan perlepasan,
GRRRLTRAVELER | Christine Kaaloa akan berkongsi dalam video ini beberapa tips yang mungkin kita tidak tahu untuk berehat bahkan tidur di lapangan terbang itu sesuatu yang mudah. Antarnya 3 tips penting ialah:
1. Dapatkan tahu samada lapangan tersebut mempunyai kabin yang boleh disewa untuk beberapa masa. Sesentengah lapangan terbang menyediakan kabin & kerusi baring dengan suasana sunyi seperti di Lapangan terbang Changi, Singapura.
2. Mencari 'locker' atau servis menyimpan barangan untuk menyimpan beg travel anda dengan caj minima. Tujuannya adalah supaya ada boleh berehat di mana-mana dalam lapangan terbang tanpa risau kehilangan beg travel anda.
3. Pakai pakaian selesa, bawa penyumbat telinga atau fon telinga dengan muzik menyamakan serta penutup mata bagi menghalang cahaya bahakan mebawa selimut dan carilah tempat-tempat yang kurang trafik untuk berehat disitu.
Dapatkan tips selanjutnya dengan melihat video dibawah:
Kredit : Lars Plougmann
Comments